Saturday, May 7, 2011

Program Orientasi Sahabat PPDa Petronas Sekolah Rendah Negeri Pahang

5 Mei 2011 - Kuala Lipis, Program Orientasi Sahabat PPDa Petronas Sekolah Rendah Negeri Pahang telah dijalankan di SK Penjom. Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Pelajaran Negeri Pahang & PETRONAS. Program ini telah dikelola dengan jayanya oleh Pejabat Pelajaran Daerah Lipis.






Majlis Penutupan Rasmi






























































Pameran Petronas









Program Bersama Petronas






























































Monday, April 25, 2011

Program Orientasi Sahabat PPDa Petronas Negeri Pahang

Program Sahabat PPDa Petronas Sekolah Menengah Negeri Pahang telah dijalankan pada 21 April 2011 di SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highlands. Peserta telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran sebagai agen untuk membimbing rakan sebaya agar tidak terlibat dengan gejala negatif.


































































































































Saturday, March 12, 2011

Terima Kasih PPDa Pahang

Unit PPDa Pahang merakamkan ucapan terima kasih kepada semua PPDa daerah kerana telah membawa nama PPDa Pahang di peringkat kebangsaan. PPDa Pahang telah menerima sijil penghargaan dari Kementerian Pelajaran Malaysia. PPDa Pahang telah diiktiraf sebagai Pengurusan PPDa Terbaik Peringkat Kebangsaan Tahun 2010.
Hasil kerjasama dan sokongan sahabat-sahabat di daerah membuatkan PPDa Pahang dapat berdiri dengan sempurna. Terima Kasih ... Terima Kasih ... Terima Kasih

Friday, March 11, 2011

Program Kesedaran HIV/AIDS

Adalah dimaklumkan semua PPDa daerah diminta melaksanakan Program Kesedaran HIV/AIDS untuk guru-guru PPDa sekolah. Program ini merupakan program kerjasama dengan pejabat kesihatan daerah. Pegawai PPDa daerah diminta berhubung dan berbincang dengan Pegawai Kesihatan Daerah bagi tujuan tersebut. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua guru PPDa sekolah agar mereka dapat menyampaikan maklumat yang tepat kepada pelajar.
Pegawai PPDa daerah diminta membuat soal selidik kepada guru-guru yang hadir bagi tujuan menguji kefahaman mereka. Sebaik sahaja selesai program Pegawai PPDa daerah diminta membuat analisis tentang soal selidik dan laporan bergambar bagi program tersebut.
Segala maklumat tersebut boleh dimuat turun melalui Folder HIV/AIDS.

Saturday, February 26, 2011

Kemahiran Dalam Kursus Fasilitator Sahabat PPDa Petronas

Sepanjang Kursus Fasilitator Sahabat PPDa Petronas Peringkat Neneri Pahang terdapat pelbagai kemahiran telah diterapkan. Kursus bermula pada 22.2.2011 hingga 24.2.2011 di Kuala Lipis. Antara kemahiran yang diterapkan termasuklah aktiviti suai kenal, kemahiran kepimpinan, kemahiran interpersonal, aktiviti simulasi kumpulan, kemahiran berucap dan kemahiran memudahcara asertif.














Tuesday, February 22, 2011

KURSUS JURULATIH UTAMA SAHABAT PPDa PETRONAS

JPN Pahang mengelolakan Kurus Jurulatih Sahabat PPDa Petronas
Peringkat Negeri Pahang:
Tarikh : 22 - 24 Februari 2011
Tempat : Lipis Valley Inn, Kuala Lipis.
Pengenalan
Program Sahabat PPDa Petronas lahir daripada inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Petronas bertujuan membimbing pelajar sekolah mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang salah laku yang berkaitan dengan najis dadah.
Matlamat
Memberi pendedahan dan melatih guru sebagai Jurulatih Sahabat PPDa Petronas.
Objektif
  • Mengetahui konsep dan pelaksanaan Program Sahabat PPDa Petronas.
  • Memiliki pengetahuan tentang pelaksanaan Sahabat PPDa Petronas.
  • Memiliki kemahiran sebagai Jurulatih Sahabat PPDa Petronas.

Sunday, February 20, 2011

Pelancaran Minggu Antidadah

Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan 19 Februari setiap tahun sebagai Hari Antidadah Kebangsaan. Sehubungan dengan itu, semua sekolah diminta melaksanakan Sambutan Minggu Antidadah Peringkat Sekolah sempena Hari Antidadah Kebangsaan bermula pada 19 Februari hingga 31 Mac 2011. Tema sambutan Hari Antidadah Kebagsaan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah "1 Malaysia Membanteras Dadah".
Pihak sekolah disaran mengadakan beberapa aktiviti sepanjang Sambutan Minggu Antidadah peringkat sekolah seperti membaca perutusan YH Dato' Pengarah Pelajaran Pahang, pidato, ceramah antidadah, pameran, deklamasi puisi antidadah dan aktiviti lain yang menjurus kepada penyampaian mesej antidadah.
Kerjasama pihak sekolah untuk menghantar laporan bergambar mengenai pelaksanaan Sambutan Minggu Antidadah peringkat sekolah ke Pejabat Pelajaran Daerah pada 1 April 2011.
Diharapkan semua Pegawai Khas Dadah Daerah mengumpul maklumat berkaiatan laporan pelaksanaan Sambutan Minggu Antidadah.

Perutusan YH Dato' Pengarah Pelajaran Pahang dan Borang Pelaporan Aktiviti Sambutan Minggu Antidadah boleh dapatkan melalui fail muat turun Pelancaran Minggu Antidadah.