Friday, March 11, 2011

Program Kesedaran HIV/AIDS

Adalah dimaklumkan semua PPDa daerah diminta melaksanakan Program Kesedaran HIV/AIDS untuk guru-guru PPDa sekolah. Program ini merupakan program kerjasama dengan pejabat kesihatan daerah. Pegawai PPDa daerah diminta berhubung dan berbincang dengan Pegawai Kesihatan Daerah bagi tujuan tersebut. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua guru PPDa sekolah agar mereka dapat menyampaikan maklumat yang tepat kepada pelajar.
Pegawai PPDa daerah diminta membuat soal selidik kepada guru-guru yang hadir bagi tujuan menguji kefahaman mereka. Sebaik sahaja selesai program Pegawai PPDa daerah diminta membuat analisis tentang soal selidik dan laporan bergambar bagi program tersebut.
Segala maklumat tersebut boleh dimuat turun melalui Folder HIV/AIDS.

No comments:

Post a Comment